Entah kenapa malam ni rasa sedih sangat. Kakak dah balik Sabah. Dia ada tangungjawab di sana. Dan untuk pertama kalinya, aku menangis bila dia nak balik sana dah. Pertama kali rasa macam ni.
Dari sekolah menengah kitaorg terpisah. Aku duduk asrama, dia pulak duduk rumah. Lepastu habis sekolah menengah, dia dapat universiti jauh nun di sana, and aku dapat universiti kat Melaka. Kira aku dekat lah dengan rumah. Setiap minggu balik rumah and kakak pulak hanya pulang 6 bulan sekali je. Jadi kira macam kitaorang ni dah biasalah berjauhan.
Tapi cuti baru ni, aku jadi rapat balik dengan kakak. Dialah tempat aku mengadu. Malam-malam rasa sedih sikit cari dia. Dia layan je kerenah aku. Bila aku duduk rumah sorang-sorang and dia keluar dengan boyfriend dia, dia mesti belikan aku makanan sebab aku ni tak reti masak. Walaupun aku ni kuat menangis, dia tak pernah ejek aku ke apa. Dia tak pernah mengungkit.
Aku rindu nak tidur sebilik dengan kakak. Rindunya kat dia. Tadi sebelum dia balik Sabah, kakak belikan aku lollipop. :') Kakak suka layan aku macam budak kecik. Kadang-kadang dia cakap aku ni lembik tapi dia layan jugak. Dia baik sangat.
No comments:
Post a Comment