Nak diceritakan tapi pada siapa? Kalau setiap kali aku luahkan, kau membentak. Jadi aku pilih diam. Aku lebih selesa begitu sebab aku terlalu takut untuk bertekak. Kerana aku gusar, lama-lama perasaan sayang ini hilang. Tapi bila difikirkan balik - semakin aku diam, semakin aku geram. Semakin aku melawan, semakin sakit aku satu badan. Either way, I'll get hurt.
20 tahun hidup tapi kenapa aku tak tak faham-faham lagi. Sakit itu lumrah. Samaada orang sakitkan kau atau kau yang sakitkan diri kau sendiri. Senang je konsep dia tapi aku ni bebal sangat kot. Susah nak faham. Konon tough nak simpan dalam, tapi easier said than done. Perit simpan dalam ni. Dia membesar dalam badan macam barah. Lama-lama, pecah lah dia and keluarlah segala isi. Time pecah tu, it won't be pretty. Time tu, tiada kesempatan untung mengundur diri. Dah takde masa nak menyesal dah kerana masa tu, segala benda yang keluar dikawal oleh emosi. Dan setiap benda yang dilakukan/diucapkan ketika emosi menguasai diri adalah selalunya perkara yang menyakitkan dan tak boleh ditarik semula. In the end, you'll hurt, not only yourself - but also everyone around u.
And thats the last thing I want to happen. Tapi sebab dah terbiasa sangat buat, sekarang dah susah nak ajar diri ni to let everything out. Semua benda simpan je. Semua benda kalau tak puas hati, cakap takde pape. Sampai bila nak simpan dalam je kerja?
Sampai aku mati. The end.
No comments:
Post a Comment