Duduk atas katil dalam keadaan lampu malap umpama malam pertama. Malangnya, malam ini bukan malam pertama ku bersama suami (I masih belum kahwin). Cuma, ini malam pertama tidur bersama-sama kakak ku setelah sekian lama. Mungkin aku sedikit menokok tambah apabila aku katakan sudah lama padahal baru beberapa bulan.
Sejak kami punya bilik sendiri, kami semakin jauh. Dulu kongsi bilik. Setiap malam tidur sekatil. Hampir 19 tahun aku punya peneman setia setiap malam. (Kecuali zaman sekolah menengah sebab duduk asrama kan). Dulu walaupun gaduh macam mana, aku akan tetap tidur di sebelahnya. Kenapa? Because I don't have anywhere else to go. Ataupun ketika mahu bergayut dengan kekasih hati, aku tak punya pilihan lain ; bergayut dalam bilik ataupun kat ruang tamu tingkat bawah. Tapi zaman kecik-kecik dulu faham-faham sahajalah. Penakut. Jadi nak tak nak berbual dalam bilik. Lawak bila ingat balik malam-malam sebelum tidur gaduh. Gaduh sebab salah seorang tidur terlebih bahagian yang telah ditetapkan. Itu bahagian kau dan ini bahagian ku.
As we got older, we wanted our own space. Kami mahukan privasi. Dan itulah yang kami dapat. Bilik sorang satu. Sebelah-sebalah tapi masih dihubungkan dengan tandas yang bersambung. Dan malam ni aku lihat kakak ku sedang tidur nyenyak di atas katil ku, aku dapat rasa satu perasaan yang lama hilang. The bondness that we used to have. Tadi sebelum tidur, lepak atas katil tengok movie sama-sama. Aku rindu ini semua.
Sekarang dah jarang buat semua ni. Selalunya lepas pulang, masing-masing akan masuk kedalam bilik and kunci pintu. We don't talk that much and we don't share anything anymore dan sekarang semua itu aku rindu. Kami berdua dah besar dah. Dan 20 tahun. Tak lama lagi akan bekerja dan mempunyai keluarga sendiri. Aku hanya punyai sedikit sahaja masa sebelum itu semua berlaku. Cepat kan masa berlalu? Walau apa-apa pun, aku bersyukur for these past 19 years with my sister. People would normally say to me '' Best ke ada dua orang adik beradik pun. Ramai-ramai lagi best'' Sebenarnya, patutnya tak kisah pun berapa orang pun adik- beradik kita. Yang penting, kita ada. Kita patut fokus kepada apa yang kita ada. Bukannya apa yang kita tak ada. Aku ada seorang je kakak dan aku bersyukur. Sekurang-kurangnya, I have one.
Aku tak tahu apa yang aku merapu malam-malam buta macam ni. Tetiba sentimental. hahahahaha. I think I'm off to bed now.
Good night.
No comments:
Post a Comment