Kematiannya sedikit sebanyak memberi kesan kepada diriku. Dia lah yang sering menjaga kebajikan warga UiTM Kampus Bandaraya Melaka, terutama mereka-mereka yang tinggal di luar (Non-resident). Secara peribadinya, aku tidak begitu mengenalinya tetapi berdasarkan apa yang aku nampak, arwah seorang yang baik.
Ramai yang menulis di Facebooknya mengatakan kesedihan. Ketika dia meninggal, begitu ramai yang menyembahyangkan nya. Bahkan, aku dengar yang 3 bas mengiringi jenazahnya dibawa ke Kedah. He really was a good man. Kematiannya membuatkan aku terfikir. Bagaimana agaknya bila aku mati nanti? Jangan salah faham. Aku bukan mahu tahu berapa ramai yang akan meratapi kematian ku. Cuma, aku terfikir. Bagaimana agaknya aku nanti? Arwah banyak berjasa kepada orang yang berada disekelilingnya. Banyak sumbangan yang dia dah buat. Ramai yang merasa kehilangannya.
Tetapi aku ini. Terlalu banyak dosa dan sampai sekarang, apa yang telah aku lakukan yang boleh dibanggakan? Sudahkah aku mengisi masa aku dengan perkara berfaedah? Apa kebaikan yang telah aku lakukan? What will I be remembered for?
Mahu dibandingkan dengan arwah, terlalu jauh aku rasa. Banyak benda aku menyesal. Rasa penyesalan itu akan sentiasa ada. Tetapi benda yang dah lepas memang tak boleh nak buat apa kan. Jadi sekarang aku sedang mencuba. Mecuba menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam. Semoga aku hidup ini memberikan kesenangan kepada orang di sekeliling. Bukannya hanya menyusahkan. Aku bukan mahu mencipta sejarah atau menjadi manusia paling mulia ; cuma mahu memastikan aku hidup dengan tujuan. InsyAllah.
Sekiranya ajal aku sudah tiba, aku harap mereka yang membaca ini mampu memaafkan segala kesilapan yang telah aku lakukan kepada mereka. Andai diberi kesempatan, mahu sahaja aku putar ke masa dulu. Supaya aku pilih jalan yang lagi satu. Tapi aku percaya bahawa setiap benda yang berlaku, pasti ada hikmah di situ. Jadi aku bersyukur dengan jalan yang aku telah lalui kerana aku percaya itu lah yang terbaik. Everything happens for a reason.
Astaghfirullah. May Allah have mercy on all of us.
Al Fatihah Buat Saudara Noramin. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyAllah.
No comments:
Post a Comment