20120103

GOOD LUCK

Esok saya nak pulang ke Melaka sebab ada tugas penting yang perlu dilaksanakan. Perkara yang lebih penting daripada melayan 9gag, Tumblr, Facebook, Twitter malahan lebih penting daripada melayan lagu-lagu Justin Bieber. Lol.


Pulang kerana terpaksa ;Tanggungjawab yang melibatkan banyak pihak. Ingat lagi resolusi tahun baru saya? (Rujuk post sebelum ini) Saya mahu menjadi lebih matang dan orang yang matang perlu bertanggungjawab diatas segala benda yang dilakukan. Samalah seperti kes demonstrasi secara aman tempoh hari yang dilakukan oleh mereka-mereka yang kononnya mewakili Mahasiswa-mahasiswa seluruh negara. Berani berdemo kenalah berani menanngung akibat dari perbuatan mereka. Yes sungguh tidak ada kaitan but itu semua tidak penting. Kerana ini blog saya. Suka hati saya lah nak kaitkan apa dengan apa.

Berbalik kepada perkara berbangkit sebentar tadi, saya harus pulang dan saya hanya akan pulang selepas 16 Januari. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester. Semoga kalian dipermudahkan urusan menjawab kelak dan diberikan akal fikiran dan hati yang tenang ketika menjawab kelak. InsyAllah.

(I have lost the ability to write. So pardon me for this awful post. Anyway, this post was made solely for the purpose of adding more post to this blog.)

No comments:

Post a Comment